30/09/11

Hukum membeli emas secara ansuran.

Hukum membeli emas secara ansuran.

Kitab Al Muwatta' :

Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, " Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia  pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu." Rama ialah riba.

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Abu'z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Riba hanya terdapat di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa yang dimakan atau minum."

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Menyembunyikan  emas dan perak daripada pengedaran  adalah  sebahagian daripada daripada kerja fasad/kemusnahan  diatas muka bumi."

Apa yang dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :

Pertukaran EMAS dengan EMAS, dan PERAK dengan PERAK mestilah

i)Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).

ii)Mesti 'Taqabud fil hal au majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).

Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.

Bagi yang memahami asal usul wang kertas , tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum - hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu. Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.

Wang kertas bukan emas , jadi harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.

Wallahu’ alam.

Kuliah Muamalat : Dinar dan dirham dalam muaalat Islam
21 November 2009 (Sabtu ) Lepas solat Maghrib
Masjid Sg. Ular, Kulim , Kedah


Sumber : http://www.dirham2dinar.com

Pelaburan Emas : Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya berharap anda semua ceria dan gembira pada hari ini. Insyallah, bermula hari ini saya akan berkongsi dengan pembaca semua mengenai rahsia pelaburan emas, bagaimana kita hendak membuat keuntungan dengan emas dan mengapa kita perlu menyimpan emas. Semoga ilmu yang sama-sama kita kongsi bersama ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua.

Mengapa anda perlu menyimpan emas ?
Sebelum anda mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas, adalah penting bagi anda mengetahui sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.
Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas maka adalah mudah bagi anda menyingkap rahsia pelaburan emas dan cara-cara membuat keuntungan daripadanya.

Anda perlu menyimpan emas kerana:
1.  Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2.  Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3.  Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4.  Aset yang terunggul
5.  Ia tidak boleh dimanipulasikan

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
Sejak manusia mengenali emas, ia telah menjadi pilihan bagi melambangkan kekayaan dan kekuasaan dan kejayaan.
Emas mendapat tempat di hati manusia kerana warnanya yang sangat cantik serta agak lembut. Ini membolehkan manusia membentuk emas menjadi objek-objek perhiasan yang cantik.
Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1.  Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar.
2.  Emas tidak boleh dibinasakan.
3.  Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
4.  Ia sukar diperolehi.

Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran.
Ketika itu, sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap kaya dan berkuasa. Apa yang menarik, jika beribu tahun dahulu orang yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki banyak emas, maka dia juga dianggap orang yang kaya dan berkuasa.
Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk dan tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang baik. Sesuatu objek yang menjadi penyimpan nilai mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan.
Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda-benda tersebut akan binasa.


Ok, selamat menyimpan emas !











Sumber : www.azharmokhtar.com
kuwait_finance_house_malaysiaAssalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bertenaga semuanya :)
Saya kat sini Alhamdulillah..sihat dan ceria sahaja.
Sekarang saya agak sibuk  menulis buku mengenai pelaburan emas.
Saya berharap buku ini akan menjadi panduan yang lebih lengkap dan mantap bagi mereka yang ingin mengetahui rahsia membuat pelaburan emas dan rahsia berniaga emas. InsyaAllah
Baiklah, untuk posting kali ini saya akan berkongsi tentang akaun simpanan emas Kuwait Finance House Gold Account (KFH Gold Account-i) serta pengalaman saya membuka akaun simpanan ini.

Pengenalan kepada Kuwait Finance House.

kuwait_finance_house_malaysia
Kuwait Finance House cawangan KL – Etiqa Twins
Untuk pengetahuan anda Kuwait Finance House Malaysia (KFH)  adalah bank yang menawarkan perbankan Islam.  KFH menawarkan produk-produk perbankan yang berlandaskan syariah.
Antaranya ialah akaun simpanan emas-i, akaun simpanan-i, akaun simpanan sementara-i, akaun pelaburan-i, pinjaman perumahan-i, pinjaman kereta-i dan pinjaman peribadi-i.
Anda boleh check kat sini untuk melihat produk-produk mereka:
http://www.kfhonline.com.my/kfhmb/ep/home.do?tabId=1 

Pengenalan kepada KFH Gold Account-i.

kuwait_finance_house_gold_account_brochure
Akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh KFH dinamakan Kuwait Finance House Gold Account (singkatan – KFH Gold Account-i). 
KFH Gold Account-i menawarkan emas fizikal kepada pelabur.
Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i  boleh mengambil emas fizikal on the spot ataupun boleh menyerahkan semula emas fizikal tersebut kepada pihak bank untuk disimpan. Tiada cas simpanan dikenakan.
Jadi, dengan adanya KFH Gold Account-i maka kini terdapat 4 buah bank di Malaysia yang menawarkan peluang pelaburan emas iaitu:
1. Maybank (syiling Kijang Emas dan Gold Saving Passbook Account)
2. Public Bank (Gold Investment Account)
3. UOB Bank (menjual emas fizikal)
3. Kuwait Finance House (KFH Gold Account-i)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KFH Gold Account-i maka anda boleh membaca di website KFH disini (klik sini)

Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.

KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi - daripada Turki.
KFH_goldbar_front_back
Gambar jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi
Jongkong emas ini memiliki ketulenan 995.0
Jadi ketulenan jongkong emas ini adalah lebih rendah berbanding jongkong-jongkong emas lain di Malaysia.
(p/s:  Contohnya jongkong PAMP Suisse, Poh Kong Bunga Raya atau Public Gold memiliki ketulenan 999.9)
 KFH_995_goldbar
Jongkong Emas KFH Gold Account-i mempunyai ketulenan 995.0

Harga Emas KFH Gold Account-i

 Harga emas harian KFH Gold Account-i boleh dilihat di dalam laman web KFH.
 KFH_gold_account
Daripada harga emas tersebut didapati spread diantara harga belian dan jualan adalah RM6 segram.
Selain daripada melihat harga emas, KFH turut meletakkan jadual waktu sembahyang bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya :)
Hehehehe… selain asyik tengok harga emas, diorang nak suruh kita tengok waktu sembahyang jugak :D

Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i.

Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka akaun KFH Gold Account-i di KFH cawangan Kuala Lumpur di Etiqa Twins, Jalan Pinang, KL.  Hehehe.. excited nak mencuba.
So saya nak share dengan anda semua pengalaman ini.
kuwait_finance_house
Kebetulan waktu saya sampai kesana, saya sorang ajer customernyer.. so terus dapat layanan dari Pegawai KFH.
Mula-mula kena apply untuk bukak akaun saving. Lepas tu baru apply akaun KFH Gold Investment-i
isi_borang
Bagi akaun individu, anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas.
Anda boleh ambil jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam akaun.
(contoh: kalau buka akaun dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)
Kalau nak tambah lagi pelaburan, anda perlu membeli minimum 5 gram.
Kalau nak jual emas tersebut, anda hanya perlu bawa emas atau statement akaun ke KFH dan jual emas tersebut mengikut harga belian semasa.
Semasa membuka akaun tersebut saya telah meminta untuk mendapat emas fizikal.
Jadi saya diberikan 8 gram jongkong emas (5 gram sekeping dan 1 gram x 3 keping)
8_gram_emas
Ini emas fizikal KFA Gold Account-i (5g x 1 pcs, 1g x 3 pcs)

Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.

Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH samada saya boleh buka sarung laminate emas ini untuk digadaikan ( in case nak rolling duit)
Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH diantaranya:
1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung plastik emas ini tidak boleh bengkok 
Jika berlaku situasi diatas maka emas ini tidak akan diterima terus oleh KFH.
Pergh… agak malang kerana kita tidak boleh membuat teknik manipulasi emas (seperti teknik Ar-Rahnu untuk mendapat wang daripada emas fizikal).
Jadi, jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda cuma boleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika harga rendah dan menjual semula apabila harga emas naik.
Walaupun saya mendapat emas fizikal, namun tak berapa excited sebab tak boleh nak buka sarung tu.. so confirm tak boleh nak pergi ke Ar-Rahnu jika nak pakai cash :(

Cawangan-cawangan Kuwait Finance House Malaysia (KFH).

Jika anda berminat untuk membuka KFH Gold Account-i, maka anda boleh membuka akaun tersebut di semua cawangan KFH di seluruh Malaysia.
Buat masa ini KFH mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Penang, Kelang dan Kuching sahaja. (Klik sini)
So bagi mereka yang tinggal di negeri lain maka susah lah sikit.
Daripada kajian saya, maka saya boleh membuat rumusan berikut.
smiley_good2
Kelebihan KFH Gold Account-i.
1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0)
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.
thumb_down
Kekurangan KFH Gold Account-i
1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya
    mempunyai ketulenan 999.9 .
2. Spread RM5 (sederhana tinggi)
3. Cawangan yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
6. Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh
    membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.
p.s Jika anda mahu menggunakan teknik Ar-Rahnu bagi menjana keuntungan
    maka anda perlu membeli emas fizikal yang tidak dilaminate contohnya
    UOB gold coin, Syiling Kijang Emas dan emas Public Gold dan Public Dinar.

Kesimpulannya.

First sekali, tahniah saya ucapkan kepada Kuwait Finance House kerana menawarkan KFH Gold Account-i yang mematuhi kehendak syariah. Ia sedikit sebanyak memberikan alternatif kepada rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan emas.
Pelancaran produk KFH Gold Account-i ini telah memberikan gambaran yang jelas bahawa trend melabur di dalam emas telah mendapat perhatian institusi perbankan.
Bagi mereka ingin melihat perkembangan harga emas, anda boleh nampak dengan jelas trend kenaikan harga emas sejak 5 tahun kebelakangan ini menjangkau 2.58 kali ganda (kenaikan harga 38.49% setahun).
harga_emas_5_tahun
Ini menyebabkan sebahagian daripada bank-bank tempatan dan bank asing di Malaysia bertindak menawarkan peluang membuat pelaburan emas samada melalui emas fizikal ataupun akaun simpanan pelaburan emas.

Sumber : http://jutawanemas.com

29/09/11

Riba Disebalik Pembelian Emas

Hari ini kita dapat mengelakkan riba dalam hutang piutang dengan menghentikan semua urusan dengan institusi kewangan konvensional. Namun itu belum cukup untuk meninggalkan riba sepenuhnya kerana riba wujud dalam kontrak jual beli menerusi urusniaga pertukaran barang tertentu.


Riba ini diterangkan melalui hadis-hadis antaranya hadis dari Ubadah b Samit berikut:
Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” - (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)
Hadis ini memberitahu kita ada 6 jenis barang ribawi iaitu emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam. Maka, pertukaran barang yang sama jenis perlu berlaku secara tunai dan sama nilai. Contohnya, emas 10 gram mesti ditukarkan dengan emas 10 gram juga. Gandum 10 kg mesti ditukarkan dengan gandum 10 kg juga.

‘Illah Bagi Emas dan Perak

Dari hadis ini juga ulama menerusi kaedah qiyas telah menyatakan ‘illah, bagi emas dan perak adalah matawang manakala 4 jenis barang yang lain pula ‘illahnya adalah makanan ruji.
Qiyas merupakan kaedah mengeluarkan hukum selepas sumber al-Quran, hadis, dan kata sepakat para ulama (ijma’). Kaedah ini memerlukan ulama mencari sebab atau ‘illah kenapa sesuatu perkara itu haram berdasarkan sumber al-Quran dan hadis.
Berdasarkan kaedah ini apa-apa perkara baru yang tidak disebut dalam al-Quran dan hadis yang dikenalpasti mempunyai sebab yang sama dengan hukum asal yang disebut dalam salah satu dari dua sumber tersebut, maka hukum asal itu terpakai untuk perkara baru itu tadi.
Ini bermaksud menggunakan analogi dari hukum asal diaplikasikan dalam situasi yang baru.Kita ambil contoh qiyas dalam pengharaman arak. Ulama menyatakan sebab arak itu haram adalah kerana arak memabukkan. Maka, apa-apa minuman yang memabukkan adalah haram.
Maka air tuak misalnya menjadi haram sekiranya air tuak itu memabukkan walaupun ia tidak dinamakan sebagai arak.
Seterusnya jual beli dan pertukaran barang ribawi yang berbeza jenis walaupun illahnya sama perlu berlaku secara tunai tetapi tiada syarat nilai juga mesti sama. Maka penjualan 10kg gandum dapat berlaku dengan 11kg barli dengan syarat mesti berlaku secara tunai.

Fokus Perbincangan Kita adalah Emas, Perak dan Matawang

Dalam hadis yang lain pula dari Abu Sai’d al-Khudri pula menyatakan:
Jangan kamu menjual emas dengan emas melainkan sama berat dan jangan dijual secara hutang melainkan mesti berlaku secara tunai. - (Bukhari)
Maka walaupun emas dan perak mempunyai ‘illah yang sama iaitu matawang tetapi emas dan perak dua barang ribawi yang berlainan jenis. Maka 10g emas dapat ditukarkan dengan 25g perak asalkan urusniaga ini berlaku secara tunai.


Inilah prinsip dan hukum asal dalam urusniaga barang ribawi.
  1. Barang ribawi yang berlainan jenis dan berbeza ‘illahnya maka kita bebas berurusniaga mengikut cara yang kita mahu. Berbeza nilai mahupun berjual beli secara hutang. Seperti 5g emas ditukarkan dengan 50kg gandum.
  2. Barang ribawi yang berlainan jenis tetapi ‘illahnya sama maka kita perlu berurusniaga secara tunai sahaja dan perbezaan nilai adalah dibenarkan. Seperti 25g perak ditukarkan dengan 1g emas ataupun 10kg gandum ditukarkan dengan 5kg kurma.
  3. Barang ribawi yang sama dan sama ‘illahnya maka kita perlu berurusniaga secara tunai dan sama nilai. 1g emas ditukarkan dengan 1g emas. 1kg kurma ditukarkan dengan 1kg kurma.

Bagaimana dengan Isu Kualiti?

Timbul persoalan kalau 1g emas 99.9 ditukarkan dengan 2g emas 91.6 atau 1kg gandum gred A ditukarkan dengan 2kg gandum gred B? Adakah dua barang yang berbeza kualiti pun mesti sama nilai pertukarannya?


Situasi ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw sebagai pedoman hukum kepada kita semua.
Dari Abu Sa’id al-Khudri, satu hari Bilal r.a. membawakan Nabi saw 1 sa’ (timbangan kurma) kurma yang berkualiti dan baginda pun bertanya sumber kurma tersebut. Bilal pun menjawab, “Saya ada 2 sa’ kurma yang berkualiti rendah dan saya tukar dengan 1 sa’ kurma berkualiti ini.”
Lantas baginda pun berkata, “Tidak! Ini adalah riba, jangan buat begitu. Kamu sepatutnya menjual dulu 2 sa’ kurma berkualiti rendah dan hasil jualannya barulah digunakan untuk membeli kurma yang berkualiti tinggi.” - (Muslim & Ahmad)
Ada satu lagi hadis lain yang direkodkan dalam Shahih Bukhari, Muslim dan Nasai’ yang membawa prinsip yang sama. Maka kita perlu faham bahawa barang ribawi yang sama jenis walaupun berbeza dari sudut kualiti maka hukumnya tetap sama jika mahu membuat pertukaran sesama jenis.
Inilah prinsip asas dan hukum asal riba jual beli yang kita mesti tahu dan amalkan. InsyaAllah kita akan bincangkan aplikasi qiyas riba jual beli ini dalam bentuk-bentuk pelaburan semasa seperti pelaburan emas, perak, matawang (forex) dan juga koleksi numismatik.

Sumber : http://www.majalahniaga.com

Cara Membeli Emas Perak Patuh Syariah

Syariat Islam secara prinsipnya adalah tetap dan tidak berubah sehingga hari kiamat. Apa yang dinamik adalah aplikasi sesuatu prinsip itu yang berubah mengikut peredaran zaman dan tempat. Misalnya pada zaman Nabi S.A.W, tidak ada urusniaga menerusi internet, tetapi itu tidak bermakna Islam tidak ada panduan untuk berurusniaga dalam talian.
Hukum Pembelian Emas menggunakan Matawang
Berdasarkan perbincangan dalam artikel Riba Disebalik Pembelian Emas yang lepas, mari kita lihat apakah aplikasi hukum yang diguna pakai pada hari ini berdasarkan prinsip-prinsip yang tetap itu tadi.

Memandangkan kebanyakan kita membeli emas dengan matawang kertas maka kita perlu memahami hukum penggunaan matawang kertas terlebih dahulu.

Hukum Matawang Kertas

Secara umumnya ulama berbeza pendapat dari sudut adakah matawang hanya terhad kepada emas dan perak sahaja. Sebahagian ulama berkata hanya emas dan perak sahaja yang menjadi matawang.
Manakala sebahagian ulama yang lain berkata apa-apa sahaja dapat menjadi matawang, selagi mana ia dapat berfungsi sebagai medium pertukaran yang diterima dalam masyarakat.
Hukum Matawang Kertas
Selepas emas tidak lagi menjadi sandaran matawang bermula dari 1971. Maka ulama-ulama semasa telah berbincang untuk mendepani situasi ini kerana medium pertukaran (medium of exchange) yang standard, adalah sesuatu yang penting dalam hidup kita semua.
Maka pada 1986 Akademi Fiqh Sedunia yang berpusat di Jeddah telah mengeluarkan fatwa. Sesungguhnya matawang kertas mempunyai kesan, dan sifat yang sama seperti matawang emas dan perak atau matawang bersandarkan emas dan perak.

Halal Digunakan Untuk Tujuan Tertentu

Justeru matawang kertas adalah halal digunakan untuk tujuan zakat, perniagaan dan lain-lain termasuklah hukum riba juga terguna pakai dalam penggunaan matawang kertas.
Akademi Fiqh Sedunia atau Majma Fiqh al-Islami merupakan badan fatwa antarabangsa yang membincangkan pelbagai isu berkaitan umat Islam. Manakala AAOIFI (Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions) adalah badan fatwa antarabangsa yang fokus, terhadap isu-isu berkaitan kewangan dan ekonomi Islam.
Maka berdasarkan konsep Qiyas yang diterima pakai dalam situasi ini, maka matawang kertas merupakan barang ribawi yang mempunyai sama ‘illahnya dengan emas dan perak tetapi berbeza jenis.
Kerajaan-kerajaan negara umat Islam juga menerima pakai pandangan fatwa ini. Justeru adalah wajib untuk kita mengikut fatwa yang telah menjadi undang-undang negara.

Fatwa yang Disahkan Oleh Akademi Fiqh Sedunia

Keputusan Akademi Fiqh Sedunia ini diterima pakai oleh Majlis Syariah Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), yang berpusat di Bahrain pada tahun 2000.
Malah dokumentasi fatwa AAOIFI berkaitan urusniaga matawang ini, adalah dokumentasi fatwa yang pertama kerana medium pertukaran merupakan rukun penting dalam perniagaan.
Pembelian emas & perak melalui urusniaga matawang
Justeru pembelian atau pertukaran matawang kertas dengan emas dan perak wajib berlaku secara serah tunai, dan bayar tunai dalam satu sesi urusniaga tanpa ada sebarang penangguhan. Contohnya seperti berikut:
  1. RM 100 untuk membeli 1 gram emas mesti berlaku secara tunai.
  2. RM 1000 untuk membeli 250 gram perak mesti berlaku secara tunai.
Maka, kita mesti mengelakkan daripada membuat urusniaga emas secara tempah, sama ada bayar dulu hari ini dan dapat emas 7 hari kemudian, atau pun bayar dulu hari ini dan pos kemudian tanpa ada mekanisma urusniaga yang betul.
Kita juga jangan membeli secara hutang ataupun installment. Tunggu cukup duit dahulu baru beli.
Sekiranya kita mahu ‘menempah barang kemas’ pula, jual beli emas mesti berlaku secara tunai. Kemudian barulah urusan upah membuat barang kemas dibuat.

Bagaimana Urusniaga Emas Perak yang Patuh Syariah?

#1 – Emas dan Perak Mesti Ada
Emas & Perak mestilah ada
Sekiranya stok emas cuma ada 1025 gram, maka penjual emas hanya dapat menjual 1025 gram sahaja, walaupun permintaan melebihi dari jumlah yang ada. Penjual tidak boleh menjual emas yang dia tidak ada atas dasar tempahan.
Penjual juga tidak boleh menjual emas yang mempunyai sekatan tertentu seperti emas yang masih dalam pajakan atau gadaian (ar-rahnu). Selepas emas itu tiada sekatan lagi barulah ia boleh dijual seperti biasa.
Apa yang dibenarkan cuma janji sebelah pihak (wa’ad / promise) untuk membeli atau menjual emas dan bukan transaksi jual beli. Aplikasi wa’ad ini perlu diteroka dengan lebih terperinci, untuk mewujudkan mekanisma ‘lock’ harga yang patuh Syariah.
Tuan puan yang mahukan penjelasan terperinci dapat merujuk kepada Syariah Standard #1 AAOIFI, mengenai pertukaran matawang.
#2 – Bayar Secara Tunai
Pembayaran tunai tidak bermaksud mesti duit fizikal berubah tangan. Atas sebab-sebab tertentu duit fizikal tidak dapat dibawa, maka apa yang penting duit mesti cukup dalam akaun bank.
Kemudian kita dapat mengeluarkan cek, telegraph transfer, ATM transfer, debit card transfer mahupun internet banking transfer. ‘Kad kredit’ dari perbankan Islam yang berdasarkan kontrak Bai’ Inah mahupun Tawarruq, dapat digunakan untuk membeli emas dan perak.
Kerana ‘kad kredit’ perbankan Islam adalah berbeza prosesnya dengan kad kredit perbankan riba. Tuan puan yang mahukan penjelasan terperinci dapat merujuk kepada Syariah Standard #1 AAOIFI mengenai pertukaran matawang.
#3 – Serah Emas Perak Secara Tunai
Serah Emas Perak secara tunai
Penyerahan emas secara tunai juga tidak bermaksud emas dan perak fizikal berubah tangan. Penjual dapat memberikan resit atau sijil yang membuktikan kewujudan emas dan perak sama, dan status resit atau sijil ini perlu sama seperti geran hartanah.
Apa yang penting, sijil itu dikeluarkan berdasarkan emas dan perak yang memang ada dalam simpanan penjual, dan bukannya resit atau sijil emas yang belum ada lagi.
Selepas resit atau sijil ini dikeluarkan, maka barulah kita uruskan proses penghantaran emas perak fizikal kepada pembeli dengan cara yang dipersetujui.
Tuan puan yang mahukan penjelasan terperinci dapat merujuk kepada Syariah Standard #18 AAOIFI mengenai qabadh (posession).
Mekanisma urusiniaga ini dapat berlaku dalam urusniaga secara online mahupun offline. Cara yang paling baik adalah syarikat-syarikat pengeluar emas yang sudah kaya raya ini menubuhkan Majlis Syariah, yang terdiri daripada sekumpulan ulama’ yang pakar dalam bidang kewangan Islam.
Ini bagi membolehkan operasi jual beli syarikat disemak dan diaudit secara Syariah. Kepakaran mereka ini dapat mewujudkan mekanisma jual beli emas patuh Syariah, yang seragam untuk industri emas dan perak.
Ini adalah amat penting bagi memastikan umat Islam terselamat daripada aktiviti riba.
Ingat… Kenapa memilih menjadi kaya dengan jalan riba?

Islam Membenarkan Matawang Selain Emas dan Perak

1. Ada pembaca yang budiman berkongsikan isu wang kertas, dinar dan dirham di sini. Maka, inilah komentar saya.

2. Secara umumnya penggunaan dinar dan dirham sekalipun riba tidak automatik hilang dan langsung tiada dalam dinar dan dirham. Riba masih wujud dalam beberapa keadaan.

3. Satu, riba dalam pinjaman dan hutang piutang.

4. Dua, riba dalam pertukaran barang ribawi. Jika sama jenis (seperti perak dengan perak), perlu sama nilai dan dibuat secara tunai. Jika, sama ‘illah perlu dibuat secara tunai (seperti emas dengan perak). Jika tidak sama ‘illah, maka boleh ditukar mengikut apa-apa cara (seperti perak dengan tamar).

5. ‘Illah merupakan sebab kepada sesuatu hukum menerusi kaedah Qiyas. Qiyas diguna pakai dalam perkara yang Allah swt tidak sebut secara jelas dalam al-Quran dan Nabi saw pun tidak sebut dalam Hadis.

6. Contohnya, seperti hadis shahih dari Ubadah bin Samit mengenai barang-barang ribawi. Secara bahasa, barang ribawi hanya ada 6 iaitu emas, perak, gandum, tamar, barli dan garam. Maka, dalam membincangkan hadis ini ulama mencari sebab (‘illah) kenapa jual beli / pertukaran 6 barang ribawi ini ada undang-undang tersendiri yang mesti kita ikut.

7. Maka, salah satunya ‘illah riba yang para ulama dapat adalah matawang. Maka, hukum berkait matawang perlu ikut undang-undang barang ribawi.

8. Seterusnya, para ulama berbeza pendapat apakah itu matawang? Adakah hanya emas dan perak sahaja boleh jadi matawang?

9. Dalam satu kertas kerja bertajuk ‘Gold and Silver as Money: A Preliminary Survey of Fiqhi Opinions and Some Implications’ dibentang di International Conference on Stable and Just Monetary System, Kuala Lumpur, pada Ogos 2002, kertas kerja ini menyatakan ulama berbeza pendapat tentang adakah emas dan perak sahaja adalah matawang.

10. Ulama yang menyatakan hanya emas dan perak sahaja adalah matawang adalah Imam Abu Hanifah dan anak muridnya Imam Abu Yusuf, ulama mazhab Maliki seperti Ibn Nafi‘, al-Adawi dan Shaykh ‘Alish, ulama dari Mazhab Shafi’i seperti Imam Ghazali, Imam Nawawi, Imam Suyuti dan Imam Maqrizi, sebahagian ulama Mazhab Hanbali dan juga pandangan dari golongan tabi’in seperti Imam Mujahid dan Imam Nakha’i. Ulama semasa yang menyokong pendapat ini adalah Shaykh Ahmad al-Khatib, Shaykh ‘Abd al- Rahman al-Sa‘di, Ibn Badran, Ahmad al-Husayni, Shaykh al-Muti‘I, Shaykh Muhammad Amin al-Shanqiti, Taqi al-Din al-Nabhani, Muhammad Baqir al- Sadr, Muhammad Makhluf, Hassan Ayyub dan Nasir Farid Wasil.

11. Ulama yang menyatakan matawang tidak terhad kepada emas dan perak adalah Imam Shaybani dari mazhab Hanafi; ulama mazhab Maliki seperti al-Hattab dan al-Wansharisi, sebahagian ulama Shafi’i dan sebahagian ulama Hanbali seperti Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim, ulama dari mazhab Zahiri seperti Ibn Hazm, golongan tabi’in seperti Laith ibn Sa’ad dan Al-Zuhri serta kebanyakan ulama semasa seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Muhammad Taqi Usmani, ‘Abd Allah Sulayman al-Mani’ dan juga Majma’ Fiqh Sedunia yang berpusat di Mekah.

12. Dua-dua kumpulan ulama’ ini mempunyai sandaran Syariah masing-masing. Antaranya, hujah yang menyatakan zaman Nabi saw hanya ada dinar dan dirham. Namun pada masa yang sama, kaedah fiqh menyatakan selagi mana tidak ada dalil yang mengharam sesuatu perkara, maka ia adalah perkara yang boleh dibuat. Justeru, tidak ada larangan khusus yang menyatakan matawang selain emas dan perak adalah haram.

13. Islam ini tetap pada prinsipnya seperti pengharaman riba. Ulama sepakat menyatakan dalam matawang ada riba berlaku, justeru ada syarat yang mesti kita patuhi. Mereka cuma tidak sepakat, adakah matawang mesti terhad emas dan perak sahaja?

14. Maka, dalam mendepani hal ini kita mesti berlapang dada dengan perbezaan pendapat yang berlaku ini dan pemerintah ada kuasa untuk mengambil mana-mana pendapat yang ada.

15. Memetik kata-kata Ibn Uthaymin, ‘Mazhab orang awam adalah mazhab pemerintahnya.’ Maka, dalam hal ini keputusan Majma’ Fiqh Sedunia yang menerima pendapat ulama dalam isu matawang tidak terhad emas dan perak telah diguna pakai secara meluas oleh semua negara umat Islam, maka wajiblah kita selaku orang awam mengikut ketetapan ini.

16. Keputusan Majma’ Fiqh pada 1986 ini juga telah diguna pakai oleh Majlis Shariah Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) pada tahun 2000 dan AAOIFI kini merupakan rujukan fatwa utama dalam urusan muamalat Islam hari ini.

17. Maka ulama semasa memastikan semua urusan matawang kertas juga tidak berlaku riba, sama ada riba berkait pinjaman dan hutang atau riba berkaitan pertukaran barang ribawi seperti yang berlaku dalam forex, pelaburan emas dan trade-in emas misalnya.

18. Malah, ulama semasa juga tidak membangkang usaha untuk mengembalikan fungsi emas dan perak dalam matawang, asalkan mekanismanya adalah bebas riba.

19. Apa yang diputuskan oleh Majma’ Fiqh dalam hal ini bukanlah satu ketetapan yang dibuat tanpa sebarang sandaran Syariah. Isu ini dibincangkan oleh ulama kita dari dahulu sampai ke hari ini.

20. Maka dengan ini kita bersetuju segala urusan matawang (termasuk matawang kertas) perlu ikut cara yang ditetapkan dalam Syariah untuk memastikan bebas dari riba.
Wallahu’alam.

Sumber : http://www.pakdi.ne

Kesan Berpegang dengan Hukum Duit Kertas Haram

1. Allah swt mengharamkan riba dan arak dengan cara yang serupa iaitu ada 4 peringkat pengharaman riba dan juga arak. Setelah pengharaman arak sempurna, maka masyarakat Islam terus membuang arak-arak yang ada di rumah mereka. Tidak perlu tunggu apa-apa arahan tambahan lagi. Begitulah sikap orang beriman.

2. Pada akhir zaman ini kita cuma ada al-Quran dan as-Sunnah. Pentafsiran para ulama terhadap isu-isu tertentu adalah pelbagai. Apa yang pasti mereka sepakat dalam perkara yang jelas halal dan haramnya. Cuma dalam perkara yang tidak disebut dalam kedua sumber dengan jelas ini para ulama ada pelbagai pendapat.

3. Ini disebut perbezaan pendapat (khilaf) , dan Nabi saw menerusi hadisnya yang shahih yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim menyebut:
Apabila seorang hakim hendak menjatuhkan hukuman lalu berijtihad dan betul ijtihadnya nescaya mendapat dua pahala, apabila salah ijtihadnya mendapat satu pahala.

4. Dalam mendepani situasi banyak pendapat dalam perkara ijtihad ini, Imam Suyuti dalam bukunya al-Ashbah wa an-Nazair menyebut:
Jangan dibantah hukum yang berlaku khilaf di kalangan ulama’. Sesungguhnya perkara yang perlu dibantah adalah perkara yang sepakat di kalangan para ulama tentang pengharamannya.

5. Dalam artikel bertajuk, Islam Membenarkan Matawang Selain Emas dan Perak, jelas kepada kita ulama’ memang ada perbezaan pendapat mengenai keharusan matawang selain emas dan perak. Ini menunjukkan isu matawang adalah isu ijtihad, dan ulama dapat berbeza pendapat antara satu dengan yang lain.

6. Dalam artikel tersebut juga, ulama’ semasa menerima pakai pendapat ulama’ yang menerima matawang selain emas dan perak. Tuan puan sila baca keputusan-keputusan fatwa Majma’ Fiqh Sedunia dan Majlis Shariah Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) untuk mengetahui dengan terperinci hujah mereka.

7. Ya, ada pihak yang tidak mahu menerima keputusan fatwa ini dan menyatakan matawang selain emas dan perak tetap haram. Maka, memandangkan isu matawang ini adalah isu ijtihad maka tiadalah saya mahu menghalang mereka yang berpegang dengan pendapat ini.

8. Cuma sekiranya memang mahu berpegang dengan pendapat matawang mesti emas dan perak sahaja dan duit kertas pada hari ini haram, maka ketahuilah haramlah penggunaan wang kertas ke atas mereka yang berpegang dengan pendapat tersebut.

9. Maka haramlah mereka semua untuk berjual beli gula, garam, susu, petrol, nasi dan keperluan lainnya. Haram juga berjual beli emas, perak, memberi zakat dan sedekah, memberi duit bulanan kepada ibu bapa di kampung dengan duit kertas. Haram juga mereka menerima laba dan keuntungan seperti upah, gaji, komisyen, bonus, dividen, untung bisnes dengan dengan duit kertas.

10. Kita telah mempermainkan Islam kalau kita kata duit kertas itu haram tapi masih bermuamalat dengan duit kertas dalam urusan seharian. Umpamanya macam kita menerima arak dalam hamper dari klien misalnya, kita tahu arak itu haram dan kita tukar arak itu untuk mendapatkan beras (barter trading).

11. Sama juga dengan isu perbankan Islam. Kalau berpegang dengan pendapat yang menyatakan model semasa perbankan Islam ini haram, maka haram lah mereka yang berpegang dengan pendapat tersebut. Haram bagi mereka ini menyimpan duit dan mendapatkan pembiayaan dengan bank-bank Islam. Pada masa yang sama pendapat tersebut tidak sama sekali menjadikan bank konvensional itu halal.

12. Pilihan di tangan kita semua. Saya memilih wang kertas dan perbankan Islam hari ini adalah halal berdasarkan pendapat-pendapat ulama yang ada. Tuan puan dapat memilih sebaliknya kerana saya tidak dapat memaksa mana-mana pihak menerima pendapat yang mana.

Sumber : http://www.pakdi.net

28/09/11

Cara Jual Beli Emas Mengikut Hukum Syariah

Salah satu emel yang saya terima antaranya ditulis begini:
Dari apa yang saya baca dalam blog Pakdi, correct me if I am wrong, nampaknya pelaburan dengan membeli emas fizikal, walaupun kita tak mengambilnya, adalah sah dari hukum Shariah. Ini bermakna, setakat ini cuma KFH Gold Account-i yang boleh di katakan yang betul-betul mengikut hukum Syariah ye?
Jawapan saya seperti di bawah:
1. Hukum jual beli emas disebut jelas dalam hadis yang menyatakan pembelian emas perlu dibuat secara tunai.

2. Apa yang dimaksudkan ‘tunai’ adalah seperti berikut. Dalam sesi jual beli, penjual menjual 10g emas dengan harga RM 1,200.Maka penjual dapat wang tunai RM 1,200 dan pembeli mendapat 10g emas. Tiada penangguhan. Maksudnya, tidak boleh bayar duit dulu, pos emas kemudian. Tidak boleh dapat emas dulu, bayar duit ansur-ansur. Dan yang sama waktu dengannya.

3. Sekiranya kita tidak jual beli emas secara tunai, maka kita telah terlibat dengan amalan riba yang dilarang keras oleh Allah swt dan Rasul-Nya.

4. Melalui pengalaman saya sendiri, KFH menjual emas. Produknya distruktur seolah-olah seperti General Investment Account (GIA). Ia bermaksud, apabila KFH jual emas kepada kita, sebagai pelanggan kita memilih untuk ambil emas  fizikal yang mereka jual atau simpan sahaja dengan mereka.

5. Kalau di Malaysia, setakat artikel ini ditulis, hanya KFH sahaja mempunyai produk akaun emas yang Shariah-compliant. Itu kalau dijual oleh bank. Manakala, syarikat yang menjual emas saya tidak pasti sejauh mana syarikat-syarikat tersebut mengawal aktiviti jual beli emas agar patuh Syariah.

6. Seterusnya, pembelian kontrak gold futures (pasaran hadapan emas) adalah tidak Shariah-compliant.

7. Pembelian emas dengan kad kredit riba juga bermaksud kita sudah terlibat dengan riba dua kali. Satu riba pakai kad kredit riba, riba kedua sebab berhutang beli emas.

8. Manakala, pembelian emas dengan ‘kad kredit’ dari yang Shariah-compliant iaitu kad yang menggunakan kontrak bai’ inah atau kontrak tawarruq adalah dibolehkan kerana kedua kontrak ini menghasilkan tunai kepada pengguna kad, dan duit tunai tersebut sudah ada dalam akaun wadiah yang khas.

9. Cek, yang punya cukup wang dalam akaun semasa juga adalah salah satu bentuk ‘tunai’ yang diterima oleh Islam.

10. Walau bagaimana pun, kaedah ‘lock’ harga emas yang banyak diamalkan sekarang adalah satu bentuk riba. Riba ini datang dari larangan hadis shahih Nabi saw yang direkodkan dari Ubadah b Samit, dikenali sebagai riba nasi’ah atau riba yang disebut dalam Sunnah.

 

11. Riba bukan sahaja mengenai pinjaman dan hutang, riba juga ada dalam transaksi emas, perak dan makanan ruji seperti gandum, barli, tamar dan garam.

12. 6 komoditi ini adalah barangan ribawi yang mempunyai syarat jual beli yang berbeza dengan komoditi lain. Majoriti ulama menyatakan ‘illah barangan ribawi adalah matawang dan makanan ruji. Justeru, apa-apa matawang dan makanan ruji tertakluk kepada syarat jual beli yang ditetapkan oleh Islam bagi memastikan bebas dari riba.

13. Ulama semasa ada mencadangkan kaedah yang patuh Shariah untuk mendapatkan emas (termasuk perak dan matawang) yang belum ada; atau untuk tujuan dapatkan harga yang kita suka (hedging misalnya), tetapi bukan dengan kaedah yang sedia ada seperti yang diberitahu kepada saya.

14. Maka berhati-hati dalam keghairahan mahu terlibat dalam ‘pelaburan emas‘ , jangan sampai terlibat dengan riba. Seperti kata Tun M, matawang bersandarkan emas hanya jadi Islamik sekiranya bebas riba. Beliau betul kerana riba juga boleh wujud dalam emas.

15. Riba berkait pinjaman dan hutang disebut dalam al-Quran, dan riba berkaitan emas, perak dan matawang disebut dalam as-Sunnah. Itulah jenis riba yang wajib kita jauhi sekiranya kita beriman dan bertaqwa.

Sumber : http://www.pakdi.net

Sifat utama EMAS.

Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. 
Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki². Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.

Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.

Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi besi berwarna hijau, dan aloi aluminum berwarna ungu. Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai emas Black Hills.
Keadaan pengoksidaan emas yang biasa termasuk +1 dan +3.