11/01/12

Dinar dan Dirham Penyatu Umah.

Dnd
Klik Pada Gamabr untuk mengetahui harga semasa Dinar dan Dirham.

1. Apakah itu Dinar Kelantan?
Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi ¼, ½ dan 1 dinar. Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25. Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi 2 dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.
Pada 12 Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengancorak yang baru dalam dominasi ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasa RM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing. (Untuk harga terkini; layari http://islamicmint.com.my)
2. Apakah itu Dirham Kelantan?
Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 dan RM260 masing-masing. (Untuk harga terkini; layari http://islamicmint.com.my)
    3. Apakah Kegunaan Dinar dan Dirham Kelantan?
    Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk menyempurnakan ibadah zakat, bayaran mas kahwin, simpanan dan hadiah. Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.
      4. Dimanakah boleh diperolehi koin Dinar dan Dirham Kelantan?
      Sila rujuk laman web ini http://www.dinarkel.com untuk maklumat lanjut.
        5. Dimanakah Dinar dan Dirham Kelantan boleh dibelanjakan?
        Sila rujuk laman web ini http://www.dinarkel.com untuk maklumat lanjut atau lihat pedagang yang mempamerkan logo "Kami Terima Dinar dan Dirham".
        6. Apa kaitan Dinar dan Dirham Kelantan sebagai matawang Syariah?
        Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.
        7. Benarkah perkataan Dinar & Dirham ada di dalam Al Quran?
        Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada:
        Surah Imran (3):75
         yang bermaksud "Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi", dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).";
        Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi "Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitubeberapa dirham sahaja bilangannya dan merekaadalah orang-orang yang tidak menghargainya."
        8. Bolehkah Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar dan Dirham?
        Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula-mula ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam setiap keping dinar dan dirham.
        9. Berikan contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul s.a.w?
        Contoh penggunaan dinar oleh Rasul s.a.w.
        Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja'd Al-Bariqi, beliau berkata: "Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam memberinya satu dinar untuk membeli seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga satu dinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar kepada Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam mendoakannya: "Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga" (HR. Abu Dawud (2810) dan At-Tirmidzi (1/287))
        Contoh penggunaan dirham oleh Rasul s.a.w.
        Abu Salamah menceritakan, "Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, "Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?" Aisyah menjawab, "Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy." Lalu Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?" Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Empat puluh dirham." Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? "Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Dua puluh dirham." (HR. Muslim).
        10. Berikan contoh kaitan dinar dan dirham dengan Hukum Syarak? 
        Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya. Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼ dinar.
        11. Apakah kaitan Pemerintah dengan Dinar dan Dirham? 
        Dinar dan dirham berkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam Surah An-Nisa: 59: "Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu." (An-Nisa (3):59)
        Menurut Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayat tersebut merupakan perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam tujuh perkara. Perkara pertama ialah penempaan dinar dan dirham; dan enam yang lainnya ialah penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu'ah, dua Hari Raya dan Jihad. Dalam kata lain, urusan dinar ialah urusan agama Islam dan kedaulatan daulah Islam. Penggunaan dinar melambangkan kepatuhan kepada perintah Allah; bukan semata-mata urusan ekonomi.
        12. Apakah Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang? 
        Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklah binatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan timah. Emas dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyai ciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah dimusnahkan. Imam Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.
        13. Adakah Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan? 
        Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank Negara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1 g;1 Dinar Kelantan pula 4.25g.
        14. Benarkah wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100% disandarkan dan boleh disaling-tukar dengan emas? 
        Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiada satu pun mata wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya boleh ditukar dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bank pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100, beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan emas.
        15. Adakah Dinar Kelantan sejenis Wang Fiat? 
        Dinar Kelantan bukan wang fiat, ianya alat tukar sukarela . Wang fiat adalah wang yang nilainya dikuatkuasakan oleh undang-undang negara. Wang fiat menjadi wang sah melalui perintah atau paksaan kerajaan. Wang fiat diperakukan sebagai medium melangsaikan hutang melalui undang-undang. Jika pemiutang tidak mahu menerima wang fiat sebagai bayaran melangsaikan hutang, beliau boleh dibawa ke mahkamah! Wang fiat merupakan nota janji kerajaan. Wang fiat sesuatu negara tidak menjadi wang sah di luar sempadannya kerana undang-undang sesebuah negara hanya berlaku di dalam sempadan nagara itu sahaja.Dinar Kelantan boleh diterima di mana saja, asal saja ada kesudian pembeli dan penjual.
        16. Dinar Kelantan ialah koin emas, bukankah Ringgit disandarkan kepada emas? 
        Sandaran kepada "wang kertas BNM" atau lebih dikenali sebagai Ringgit adalah wang kertas yang lain; seperti Dollar Amerika, Yen Jepun, Euro dan seumpamanya. Emas cuma merupakan sebahagian kecil daripada rizab BNM, sekitar 1.5% (Cuma RM1.452 bilion daripada RM94.772 bilion; setakat 30 Jun 2010). Rujuk http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=293
        17. Mengapa perlu umat Islam beralih daripada wang kertas atau wang fiat kepada koin dinar seperti Dinar dan dirham Kelantan? Mengapa tidak? Penggunaan dinar serta dirham adalah antara sunnah Rasul s.a.w. Selain daripada berpeluang mengikuti jejak langkah baginda,umat Islam dapat disatukan melalui penggunaan dinar yang tidak mengenal sempadan. Corak tempaan dinar mungkin berbeza-beza tetapi berat dan ketulenannya adalah serupa di serata pelusuk daulah Islamiah. Satu Dinar, Satu Ummah.

        Frredom

        27/12/11

        Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012

        Kosmo! Online - Dunia


        GAMBAR tidak bertarikh yang disediakan oleh pejabat pencetakan Jerman menunjukkan wang kertas 50 euro sedia untuk diagihkan di Berlin.



        LONDON, Britain - Saham Eropah dan mata wang euro diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah.
        Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25 peratus sejak permulaan tahun ini manakala mata wang euro merosot 2.5 peratus berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini.
        "Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi tentang kemungkinan pembubaran EU," kata pakar strategi kanan firma BGC Partners, Howard Wheeldon.
        "Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar," tambahnya.
        Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah AS$1.30 untuk satu euro sekali gus tahap terendah sejak permulaan tahun 2011.
        Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas.
        Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS.
        "Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada 2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami pengurangan dalam pertumbuhan," kata penganalisis Commerzbank, Ulrich Leuchtmann.
        "Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas," tambahnya. - AFP- 

        Sumber : Kosmo 

        21/11/11

        38 Sebab Duit Kertas Susut Nilai

        Bandingkan kos hidup beberapa tahun dulu dengan sekarang, memang banyak bezanya. Barang semakin mahal, namun pendapatan untuk rakyat biasa tak bertambah. Ada yang sampai terpaksa ambil dua kerja semata-mata nak menampung kos hidup yang tinggi.
        Macam mana semua ni boleh berlaku? Video ni menerangkan sedikit sebanyak tentang kegawatan ekonomi, inflasi dan segala yang berkaitan dengan ekonomi dunia. Jangan takut, penjelasan dalam video ni sangat mudah difahami. Video ini dibuat berdasarkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Amerika Syarikat sekarang dan pada asasnya, majoriti ekonomi negara lain di dunia menggunakan sistem yang lebih kurang sama.
        1. Perbelanjaan tahunan AS hampir mencecah $4 trillion setahun manakala pendapatan mereka hanyalah sebanyak $2 trillion setahun.
        2. Kekurangan pendapatan ini dikenali sebagai defisit. Dalam hal ni, defisit AS adalah $2 trillion.
        3. Cara paling senang untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meminjam duit.
        4. Bila AS meminjam duit, pinjaman mereka dikeluarkan dalam bentuk bon (Bank Negara pun ada jual bon pada masa-masa tertentu).
        5. Bon boleh dijual kepada bank tempatan lain, pelabur (rakyat biasa) dan negara lain (Malaysia ada membeli bon AS).
        6. AS harus membayar faedah kepada pemegang bon. Bon adalah sama seperti bila kita buat pinjaman bank, kena bayar balik dengan faedahnya sekali.
        7. Tapi AS tak cukup duit untuk bayar faedah tadi. Jadi apa dia buat adalah dengan mengeluarkan lebih banyak bon (pinjam duit) untuk membayar faedah kepada pemegang bon.
        8. Senario ni sama seperti kalau kita guna kad kredit atau pinjam ah long untuk membayar loan rumah. Berhutang untuk melangsaikan hutang lain.
        9. Pinjam meminjam ni dilakukan berulang kali sehingga AS sekarang dibebani hutang (termasuk faedah yang perlu dibayar) sebanyak $14 trillion.
        10. Sebab dah banyak sangat meminjam, AS hampir ketandusan sumber untuk mendapatkan pinjaman.
        11. Pendapatan AS tak mencukupi untuk membayar faedah daripada pinjaman tadi.
        12. Penyelesaian utama adalah dengan mengurangkan perbelanjaan danmenaikkan cukai.
        13. Kalau perbelanjaan dikurangkan, sektor perkhidmatan awam akan teruk terjejas (polis, jururawat, pegawai kerajaan dan sebagainya kehilangan kerja).
        14. Kalau cukai dinaikkan, rakyat tak akan mempunyai cukup duit untuk menyara hidup. Rusuhan mungkin akan berlaku.
        15. Untuk mengelakkan dua langkah tadi, AS mencetak lebih banyak duit.
        16. Bila duit dicetak dengan lebih banyak, nilai duit akan jatuh.
        17. Itu sebabnya harga komoditi seperti makanan, minyak dan emas menjadi semakin mahal (sebab utama menyimpan dalam emas dan bukan wang tunai).
        18. Bila nilai duit jatuh, ia dikenali sebagai inflasi. Inflasi memang wujud dan kadar inflasi Malaysia pada tahun lepas adalah ~ 3.5%. Maksudnya, kalau kita simpan dalam ASB dengan kadar dividen ~ 8% setahun, nilai sebenar dividen yang kita dapat adalah ~ 4.5% (selepas ditolak dengan nilai inflasi tadi). Kalau buat loan bank untuk pelaburan ASB, tolak lagi beberapa % berdasarkan kadar bank.
        19. Berbalik kepada negara yang meminjamkan wang kepada AS. Apa yang berlaku selepas itu, nilai matawang negara yang memberi pinjaman kepada AS akan jatuh.
        20. Dolar AS akan kelihatan lebih mahal berbanding matawang negara tadi ($1 = RM3).
        21. Oleh itu, kos untuk membayar gaji pekerja di negara tersebut adalah murah.
        22. Dengan kos pekerja yang murah, kos untuk menghasilkan barangan juga murah (contoh – China, Taiwan).
        23. Negara peminjam tadi boleh menghasilkan produk pada kadar yang sangat murah berbanding kalau produk tadi dihasilkan di AS (contoh – kilang pembuatan barangan Apple yang terbesar terletak di China).
        24. Rakyat AS kehilangan kerja dan tak dapat kerja (sebab kerja yang ada tadi dah outsource ke negara seperti China & Taiwan).
        25. Bila rakyat tak kerja, mereka tak bayar cukai. Tapi mereka masih menerima bantuan kerajaan dalam bentuk elaun pengangguran. Di AS, penganggur boleh menerima elaun pengangguran.
        26. Orang yang bekerja pula lebih rajin bekerja untuk mengelakkan kehilangan kerja. Mereka sanggup kerja lebih dan dibayar murah. Jawatan kosong tidak perlu diwujudkan.
        27. Bilangan pekerja semakin kurang, kutipan cukai  pun semakin sedikit.
        28. Ini menyumbang kepada kemelesetan ekonomi (pendapatan daripada cukai jatuh).
        29. Jadi dua masalah utama AS adalah kemelesetan ekonomi dan kadar inflasi yang tinggi. Keadaan ini dikenali sebagai stagflasi.
        30. AS dalam dilema. Hutang ada $14 trillion. Mana nak cari duit?
        31. Kalau naikkan kadar cukai dan kurangkan perbelanjaan, kemelesetan ekonomi semakin buruk.
        32. Kalau cetak duit lagi, inflasi pula semakin tinggi.
        33. Kalau pinjam duit lagi, boleh. Tapi faedah untuk $14 trillion tadi pun tak mampu nak bayar. Persoalannya berapa banyak lagi nak pinjam dan daripada siapa?
        34. Samada dua bulan atau dua tahun, harinya akan sampai bila AS tak mampu lagi nak bayar segala hutang piutang dan segala kos perbelanjaan negara sendiri.
        35. Bila AS tak bayar hutang kepada pelabur yang membeli bon, pelabur ni tadi takde duit untuk membayar pekerja mereka. Ramai yang akan kehilangan kerja.
        36. Bila AS tak bayar hutang kepada bank yang membeli bon, bank takde duit untuk keluarkan loan, berikan kredit kepada pemegang kredit kad dan berikan wang tunai kepada rakyat yang ingin mengeluarkan duit mereka daripada bank tersebut.
        37. Bila AS tak bayar hutang kepada negara yang membeli bon, mereka pun akan mengalami masalah ekonomi di negara mereka sendiri sebab hampir semua negara di dunia menggunakan sistem pinjam meminjam hutang bayar hutang dalam ekonomi mereka dan hampir semua negara di dunia membeli bon AS.
        38. Ini akan menyebabkan kejatuhan ekonomi dunia.
        Dan oleh sebab semua pelabur di dunia takut benda ni berlaku, mereka beli emas banyak-banyak. Bila ramai orang beli emas, permintaan semakin tinggi. Dalam jangkamasa sebulan (11 Julai 2011 – 11 Ogos 2011), harga emas telah melonjak sebanyak 16%. Lupakan ASB, simpan setahun pun baru naik 8%. Duit kita jadi semakin murah sebab sistem ekonomi yang semakin goyah. .
        Do the right thing ;)

        3/11/11

        Sejarah Emas

        Sejarah Emas 


        klik gambar untuk besarkan

              Komoditi emas mula di dagangkan di Spot Market bermula pada tahun 1992, ianya bermula dengan harga serendah $345.63 per oz bersamaan RM 38.50 segram (mengambil kira $1 = RM 3.50), kemudian pada tahun 1996, di sebabkan kemelesetan ekonomi dunia harga emas telah menurun kepada paras terendah untuk selama2nye iaitu pada harga $249.42 per oz. Disebabkan krisis kemelesetan yang begitu hebat pada waktu itu, ekonomi dunia dan komoditi emas mengambil masa selama hampir 5 tahun untuk proses "Recovery" atau baik pulih semula iaitu sehingga pada tahun 2001.

              Sejak dari itu harga emas di pasaran dunia terus-menerus meningkat saban tahun sehinggalah pada tahun 2007, sekali lagi krisis ekonomi berlaku di sebabkan "Sub-Prime Crisis" atau krisis sub-prima sekaligus menyebabkan harga emas menurun daripada $963.69 kepada $724.63. Namun, berpandukan kisah hitam 10 tahun yang lalu, beberapa langkah drastik telah diambil oleh A.S untuk memperbaiki krisis itu, dan dalam hanya beberapa bulan sahaja harga emas telah kembali meningkat kepada $981.18 per oz. Bertitik tolak dari krisis dunia kali ke-2 ini, masyarakat telah mula sedar bahawa punca kepada semua krisis ekonomi dunia ialah disebabkan pengamalan sistem ekonomi kapitalis yang  menyebabkan berlakunya Inflasi (kejatuhan nilai wang) dari tahun ke tahun di seluruh dunia.

               Kesinambungan itu, ramai masyarakat telah mula menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas fizikal berbanding wang ringgit, yang mana ianya memegang nilainya sendiri dan tidak seperti wang kertas yang mana nilainya perlu bersandarkan dengan rizab simpanan emas di sesebuah negara itu. Sejak itu harga emas terus meningkat saban tahun iaitu dari $981.18 per oz, kini telah mencapai paras tertinggi dalam sejarah harga emas dunia iaitu melebihi $1270.00 per oz!! Lihat, betapa tingginya permintaan terhadap besi kuning ini sedangkan penawarannya amat terhad dan ianya adalah semulajadi.

               Justeru, marilah sama-sama kita menyimpan kekayaan dalam bentuk emas, agar wang yang disimpan tidak susut nilainya di telan Inflasi.

        28/10/11

        BAGAIMANA UNTUK BERMULA MENGUMPUL HARTA



        Saya kongsi maklumat bagi yang tak tahu kenapa saya katakan ianya PENTING menyimpan EMAS:
        contoh berdasarkan Syiling Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia menunjukkan kenaikkan nilai emas pada tahap hampir 300% untuk 10 tahun (ambil PURATA 30% setahun)
        Kijang Emas:
        10/10/2001 RM1,164
        10/10/2010 RM4,431

        Sekiranya kita berNIAT ingin menjana simpanan untuk jangka masa panjang dan yang lebih bernilai selain ASB (konsep yang sama-menyimpan untuk dividen bersamaan PELAN simpanan hari tua/bersara KWSP), simpanlah GOLD BAR, emas 999.9 (24 karat). Namun sekirangan tidak mampu, cukup lah sekadar menyimpan 1 DINAR (emas 916-sama dengan barang kemas perhiasaan) tetapi kalau berpeluang, tambah bila ada duit simpanan. Jangan berhenti menyimpan kerana nilai emas akan naik jauh lebih berganda, meninggalkan nilai mata wang kertas.

        tempoh masa untung?
        katakan kita beli gold bar tahun 2010 | 100gram = rm 16 000...bilakah masa yang sesuai untuk jual? kat mana nak jual?
        sekali kita tahu menilai emas, pasti sayang nak jual kecuali terdesak dan bersebab, kerana itu ia dikatakan simpanan jangka panjang/hari tua. sekiranya kita beli 100 gram RM16,000 ... lepas setahun nilai nya MUNGKIN RM20,800 dgn kenaikan secara PURATA 30% setahun. Sekali kita jual, ya' ada keuntungan besar tetapi, ia tetap menjadi wang kertas dimana apa yg anda boleh lakukan dengan 20,800 setahun lagi?. bayar deposit rumah dan habis keuntungan anda sekelip mata! Walaubagaimana pun, planning ni tetap bagus sebab dlm setahun kita hanya simpan duit berjumlah RM16k tanpa menambah wang simpanan, kita sudah berjaya menghasilkan RM20,800 akan tetapi pada waktu itu.. sekiranya baru kita tersedar, kita ingin membeli emas semula.. emas sudah naik harga.

        kita akan tanya, habis dimana untungnya?;
        untung bila.... 
        kita ada RM16,000 - daripada kita beli sekeping 100 gram, seketul - akan berlaku perkara diatas. Jadi kitaTUKAR STRATEGY kepada;

        nilai belian pada hari ini (24/12/2010 | 12:55am):
        50 gram RM7,816 (RM156.32/gram) x 1 keping = RM7,900 *RM10,270 **RM13,351 ***RM17,356
        20gram RM3141 (RM157.05/gram) x 3 keping = RM9,480 *RM12,324 **RM16,021 ***RM20,827
        jumlah belian= 17,380 *22,594 **29,372 ***RM38,183

        [nilai keuntungan yang bertanda: 
        *adalah contoh nilai kenaikan EMAS secara PURATA 30% selepas 1 tahun kita simpan dalam bantal!
        **adalah contoh nilai kenaikan EMAS secara PURATA 30% selepas 2 tahun kita simpan
        *** adalah nilai kenaikan EMAs secara PURATA 30% selepas 3 tahun kita simpan
        walaubagaimanapun saya tidak meramalkan kenaikan tepat pada 30%, ini adalah anggaran PURATA berdasarkan kenaikkan emas dari 10 tahun sebelumnya dan bergantung kepada nilai pasaran emas semasa yg akan datang.]

        apa yg perlu kita lakukan?;

        50 gram x 1 keping disimpan | sebagai aset untuk hartanah selepas beberapa tahun nilainya berganda, boleh cairkan keuntungan simpanan emas untuk membuat full settlement loan anda.

        20 gram x 1 keping | sebagai sandaran untuk keadaan mendesak - pendidikan anak-anak/kos hospital yg meningkat tidak masuk akal di masa akan datang.

        20 gram x 1 keping | sebagai backup plan (TERDESAK ) - setakat nak pakai wang RM2-3k dengan teknik PAJAK di Agro Bank Ar-Rahnu, kita boleh dapat cash pada hari yg sama. Jauh lebih baik dari kita pakai credit card dgn interest tinggi, kita boleh pusing keperluan wang kertas dengan HARTA SENDIRI tanpa masalah birokrasi bank sekiranya kita mahu membuat loan yg memakan masa berminggu, belum tentu lulus. Ini juga bagi mengelak RIBA. Tiada lagi perlu pinjaman adik beradik pada hujung bulan!! yang paling bagusnya adalah, anda hanya perlu cagarkan emas untuk pinjaman dan emas itu masih hak anda!, emas anda masih generate nilai pada setiap masa selagi anda tidak menjualnya.

        20 gram - jana keuntungan untuk jangka masa singkat tunggu harga naik, masa beli RM3160, lepas setahun RM4,108 (berdasarkan kenaikan paras PURATA 30%), jualkan kepada saya semula untung mendapatkan keuntungan dari nilai emas anda!..

        semua yg saya sebut diatas bleh diolah berdasarkan keperluan masing2. terpulang. Jadi bila dah tahu.... mahukah kita jual?, sedangkan kita boleh dapatkan wang tunai bila perlu tanpa meleburkan emas kita. Dengan kelebihan wang tunai bila perlu, nilai emas kita masih berganda didalam Bank. Tunggu nilai betul2 naik, boleh buat pelaburan hartanah, rumah yg lebih besar untuk anak-anak.. atau bayar deposit flat untuk disewakan, dapat lagi duit bulan-bulan. dan selebihnya simpan sahaja, tengok emas kita naik harga lagi, lagi dan lagi.. lagi lama simpan lagi tinggi nilai, bila nilai dah tinggi, fikir pelaburan apa yg kita mahu untuk menjana simpanan diatas simpanan tadi.

        Jadi bila ada duit, jangan beli seketul.. tapi pecah-pecahkan pelaburan kita, agar setiap satu bersebab dan boleh dijual secara berperingkat mengikut keuntungan yg kita mahu seperti yang dikatakan diatas.
        dinar.jpg

        DENGAN EMAS, ANDA MENAIKKAN TARAF HIDUP TANPA SOKONGAN PIHAK BANK JUGA TANPA BANTUAN ADIIK-BERADIK KERANA SEMUA KERPERLUAN WANG KERTAS DI KEMUDIAN HARI, DIJANA OLEH HARTA ANDA SENDIRI.

        sumber : http://pondokburok.tripod.com

        Apakah jenis emas yang sesuai untuk disimpan?



        a. gold bar 
        kelebihan:  
        1. emas 999 (24 karat), mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi bila kita menjual kerana kandungan emas padu. 
        2. Lebih menjamin simpanan. 
        3. harta yang sebenar, orang lelaki kata.. gold bar "gentleman business". 
        4. susut nilai yang rendah, hanya 6% dari harga pasaran. 
        kekurangan:  
        1. harga yang lebih mahal, ramai yang tidak berkemampuan. 
        2. Harus simpan sijil ketulenan sekiranya bertujuan untuk pajak di Agro Bank.  

        b. barang kemas 
        kelebihan:  
        1. bagi perempuan yang sukakan barang kemas untuk dipakai. 
        2. mempunyai permintaan yang tinggi. 
        3. senang dijual, market lebih besar termasuk orang perseorangan (jual kpd kawan dan lain-lain) 
        4. Pajakkan boleh dibuat di Agro Bank juga Bank Rakyat tanpa memerlukan sijil ketulenan. 
        Kelemahan: 
        1. harga yg tinggi hanya kerana termasuk upah membuat barang kemas. 
        2. ia adalah barangan perhiasan yang bila dijual dan akan jatuh nilai kerana dikira USED GOLD (kira macam second hand). 
        3. keuntungan tidak setinggi menyimpan gold bar. 

        Maka sekiranya kita berniat ingin menjana keuntungan jangka masa panjang yang lebih bernilai, simpanlah gold bar. Namun sekirangan tidak mampu, cukup lah sekadar menyimpan 1 dinar (emas 916 sama dengan barang kemas) tetapi kalau berpeluang, tambah bila ada duit simpanan. Jangan berhenti menyimpan kerana nilai emas akan naik jauh berganda dari nilai mata wang.





        Sumber :