27/12/11

Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012

Kosmo! Online - Dunia


GAMBAR tidak bertarikh yang disediakan oleh pejabat pencetakan Jerman menunjukkan wang kertas 50 euro sedia untuk diagihkan di Berlin.



LONDON, Britain - Saham Eropah dan mata wang euro diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah.
Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25 peratus sejak permulaan tahun ini manakala mata wang euro merosot 2.5 peratus berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini.
"Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi tentang kemungkinan pembubaran EU," kata pakar strategi kanan firma BGC Partners, Howard Wheeldon.
"Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar," tambahnya.
Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah AS$1.30 untuk satu euro sekali gus tahap terendah sejak permulaan tahun 2011.
Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas.
Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS.
"Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada 2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami pengurangan dalam pertumbuhan," kata penganalisis Commerzbank, Ulrich Leuchtmann.
"Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas," tambahnya. - AFP- 

Sumber : Kosmo 

21/11/11

38 Sebab Duit Kertas Susut Nilai

Bandingkan kos hidup beberapa tahun dulu dengan sekarang, memang banyak bezanya. Barang semakin mahal, namun pendapatan untuk rakyat biasa tak bertambah. Ada yang sampai terpaksa ambil dua kerja semata-mata nak menampung kos hidup yang tinggi.
Macam mana semua ni boleh berlaku? Video ni menerangkan sedikit sebanyak tentang kegawatan ekonomi, inflasi dan segala yang berkaitan dengan ekonomi dunia. Jangan takut, penjelasan dalam video ni sangat mudah difahami. Video ini dibuat berdasarkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Amerika Syarikat sekarang dan pada asasnya, majoriti ekonomi negara lain di dunia menggunakan sistem yang lebih kurang sama.
  1. Perbelanjaan tahunan AS hampir mencecah $4 trillion setahun manakala pendapatan mereka hanyalah sebanyak $2 trillion setahun.
  2. Kekurangan pendapatan ini dikenali sebagai defisit. Dalam hal ni, defisit AS adalah $2 trillion.
  3. Cara paling senang untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meminjam duit.
  4. Bila AS meminjam duit, pinjaman mereka dikeluarkan dalam bentuk bon (Bank Negara pun ada jual bon pada masa-masa tertentu).
  5. Bon boleh dijual kepada bank tempatan lain, pelabur (rakyat biasa) dan negara lain (Malaysia ada membeli bon AS).
  6. AS harus membayar faedah kepada pemegang bon. Bon adalah sama seperti bila kita buat pinjaman bank, kena bayar balik dengan faedahnya sekali.
  7. Tapi AS tak cukup duit untuk bayar faedah tadi. Jadi apa dia buat adalah dengan mengeluarkan lebih banyak bon (pinjam duit) untuk membayar faedah kepada pemegang bon.
  8. Senario ni sama seperti kalau kita guna kad kredit atau pinjam ah long untuk membayar loan rumah. Berhutang untuk melangsaikan hutang lain.
  9. Pinjam meminjam ni dilakukan berulang kali sehingga AS sekarang dibebani hutang (termasuk faedah yang perlu dibayar) sebanyak $14 trillion.
  10. Sebab dah banyak sangat meminjam, AS hampir ketandusan sumber untuk mendapatkan pinjaman.
  11. Pendapatan AS tak mencukupi untuk membayar faedah daripada pinjaman tadi.
  12. Penyelesaian utama adalah dengan mengurangkan perbelanjaan danmenaikkan cukai.
  13. Kalau perbelanjaan dikurangkan, sektor perkhidmatan awam akan teruk terjejas (polis, jururawat, pegawai kerajaan dan sebagainya kehilangan kerja).
  14. Kalau cukai dinaikkan, rakyat tak akan mempunyai cukup duit untuk menyara hidup. Rusuhan mungkin akan berlaku.
  15. Untuk mengelakkan dua langkah tadi, AS mencetak lebih banyak duit.
  16. Bila duit dicetak dengan lebih banyak, nilai duit akan jatuh.
  17. Itu sebabnya harga komoditi seperti makanan, minyak dan emas menjadi semakin mahal (sebab utama menyimpan dalam emas dan bukan wang tunai).
  18. Bila nilai duit jatuh, ia dikenali sebagai inflasi. Inflasi memang wujud dan kadar inflasi Malaysia pada tahun lepas adalah ~ 3.5%. Maksudnya, kalau kita simpan dalam ASB dengan kadar dividen ~ 8% setahun, nilai sebenar dividen yang kita dapat adalah ~ 4.5% (selepas ditolak dengan nilai inflasi tadi). Kalau buat loan bank untuk pelaburan ASB, tolak lagi beberapa % berdasarkan kadar bank.
  19. Berbalik kepada negara yang meminjamkan wang kepada AS. Apa yang berlaku selepas itu, nilai matawang negara yang memberi pinjaman kepada AS akan jatuh.
  20. Dolar AS akan kelihatan lebih mahal berbanding matawang negara tadi ($1 = RM3).
  21. Oleh itu, kos untuk membayar gaji pekerja di negara tersebut adalah murah.
  22. Dengan kos pekerja yang murah, kos untuk menghasilkan barangan juga murah (contoh – China, Taiwan).
  23. Negara peminjam tadi boleh menghasilkan produk pada kadar yang sangat murah berbanding kalau produk tadi dihasilkan di AS (contoh – kilang pembuatan barangan Apple yang terbesar terletak di China).
  24. Rakyat AS kehilangan kerja dan tak dapat kerja (sebab kerja yang ada tadi dah outsource ke negara seperti China & Taiwan).
  25. Bila rakyat tak kerja, mereka tak bayar cukai. Tapi mereka masih menerima bantuan kerajaan dalam bentuk elaun pengangguran. Di AS, penganggur boleh menerima elaun pengangguran.
  26. Orang yang bekerja pula lebih rajin bekerja untuk mengelakkan kehilangan kerja. Mereka sanggup kerja lebih dan dibayar murah. Jawatan kosong tidak perlu diwujudkan.
  27. Bilangan pekerja semakin kurang, kutipan cukai  pun semakin sedikit.
  28. Ini menyumbang kepada kemelesetan ekonomi (pendapatan daripada cukai jatuh).
  29. Jadi dua masalah utama AS adalah kemelesetan ekonomi dan kadar inflasi yang tinggi. Keadaan ini dikenali sebagai stagflasi.
  30. AS dalam dilema. Hutang ada $14 trillion. Mana nak cari duit?
  31. Kalau naikkan kadar cukai dan kurangkan perbelanjaan, kemelesetan ekonomi semakin buruk.
  32. Kalau cetak duit lagi, inflasi pula semakin tinggi.
  33. Kalau pinjam duit lagi, boleh. Tapi faedah untuk $14 trillion tadi pun tak mampu nak bayar. Persoalannya berapa banyak lagi nak pinjam dan daripada siapa?
  34. Samada dua bulan atau dua tahun, harinya akan sampai bila AS tak mampu lagi nak bayar segala hutang piutang dan segala kos perbelanjaan negara sendiri.
  35. Bila AS tak bayar hutang kepada pelabur yang membeli bon, pelabur ni tadi takde duit untuk membayar pekerja mereka. Ramai yang akan kehilangan kerja.
  36. Bila AS tak bayar hutang kepada bank yang membeli bon, bank takde duit untuk keluarkan loan, berikan kredit kepada pemegang kredit kad dan berikan wang tunai kepada rakyat yang ingin mengeluarkan duit mereka daripada bank tersebut.
  37. Bila AS tak bayar hutang kepada negara yang membeli bon, mereka pun akan mengalami masalah ekonomi di negara mereka sendiri sebab hampir semua negara di dunia menggunakan sistem pinjam meminjam hutang bayar hutang dalam ekonomi mereka dan hampir semua negara di dunia membeli bon AS.
  38. Ini akan menyebabkan kejatuhan ekonomi dunia.
Dan oleh sebab semua pelabur di dunia takut benda ni berlaku, mereka beli emas banyak-banyak. Bila ramai orang beli emas, permintaan semakin tinggi. Dalam jangkamasa sebulan (11 Julai 2011 – 11 Ogos 2011), harga emas telah melonjak sebanyak 16%. Lupakan ASB, simpan setahun pun baru naik 8%. Duit kita jadi semakin murah sebab sistem ekonomi yang semakin goyah. .
Do the right thing ;)

3/11/11

Sejarah Emas

Sejarah Emas 


klik gambar untuk besarkan

      Komoditi emas mula di dagangkan di Spot Market bermula pada tahun 1992, ianya bermula dengan harga serendah $345.63 per oz bersamaan RM 38.50 segram (mengambil kira $1 = RM 3.50), kemudian pada tahun 1996, di sebabkan kemelesetan ekonomi dunia harga emas telah menurun kepada paras terendah untuk selama2nye iaitu pada harga $249.42 per oz. Disebabkan krisis kemelesetan yang begitu hebat pada waktu itu, ekonomi dunia dan komoditi emas mengambil masa selama hampir 5 tahun untuk proses "Recovery" atau baik pulih semula iaitu sehingga pada tahun 2001.

      Sejak dari itu harga emas di pasaran dunia terus-menerus meningkat saban tahun sehinggalah pada tahun 2007, sekali lagi krisis ekonomi berlaku di sebabkan "Sub-Prime Crisis" atau krisis sub-prima sekaligus menyebabkan harga emas menurun daripada $963.69 kepada $724.63. Namun, berpandukan kisah hitam 10 tahun yang lalu, beberapa langkah drastik telah diambil oleh A.S untuk memperbaiki krisis itu, dan dalam hanya beberapa bulan sahaja harga emas telah kembali meningkat kepada $981.18 per oz. Bertitik tolak dari krisis dunia kali ke-2 ini, masyarakat telah mula sedar bahawa punca kepada semua krisis ekonomi dunia ialah disebabkan pengamalan sistem ekonomi kapitalis yang  menyebabkan berlakunya Inflasi (kejatuhan nilai wang) dari tahun ke tahun di seluruh dunia.

       Kesinambungan itu, ramai masyarakat telah mula menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas fizikal berbanding wang ringgit, yang mana ianya memegang nilainya sendiri dan tidak seperti wang kertas yang mana nilainya perlu bersandarkan dengan rizab simpanan emas di sesebuah negara itu. Sejak itu harga emas terus meningkat saban tahun iaitu dari $981.18 per oz, kini telah mencapai paras tertinggi dalam sejarah harga emas dunia iaitu melebihi $1270.00 per oz!! Lihat, betapa tingginya permintaan terhadap besi kuning ini sedangkan penawarannya amat terhad dan ianya adalah semulajadi.

       Justeru, marilah sama-sama kita menyimpan kekayaan dalam bentuk emas, agar wang yang disimpan tidak susut nilainya di telan Inflasi.

28/10/11

BAGAIMANA UNTUK BERMULA MENGUMPUL HARTA



Saya kongsi maklumat bagi yang tak tahu kenapa saya katakan ianya PENTING menyimpan EMAS:
contoh berdasarkan Syiling Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia menunjukkan kenaikkan nilai emas pada tahap hampir 300% untuk 10 tahun (ambil PURATA 30% setahun)
Kijang Emas:
10/10/2001 RM1,164
10/10/2010 RM4,431

Sekiranya kita berNIAT ingin menjana simpanan untuk jangka masa panjang dan yang lebih bernilai selain ASB (konsep yang sama-menyimpan untuk dividen bersamaan PELAN simpanan hari tua/bersara KWSP), simpanlah GOLD BAR, emas 999.9 (24 karat). Namun sekirangan tidak mampu, cukup lah sekadar menyimpan 1 DINAR (emas 916-sama dengan barang kemas perhiasaan) tetapi kalau berpeluang, tambah bila ada duit simpanan. Jangan berhenti menyimpan kerana nilai emas akan naik jauh lebih berganda, meninggalkan nilai mata wang kertas.

tempoh masa untung?
katakan kita beli gold bar tahun 2010 | 100gram = rm 16 000...bilakah masa yang sesuai untuk jual? kat mana nak jual?
sekali kita tahu menilai emas, pasti sayang nak jual kecuali terdesak dan bersebab, kerana itu ia dikatakan simpanan jangka panjang/hari tua. sekiranya kita beli 100 gram RM16,000 ... lepas setahun nilai nya MUNGKIN RM20,800 dgn kenaikan secara PURATA 30% setahun. Sekali kita jual, ya' ada keuntungan besar tetapi, ia tetap menjadi wang kertas dimana apa yg anda boleh lakukan dengan 20,800 setahun lagi?. bayar deposit rumah dan habis keuntungan anda sekelip mata! Walaubagaimana pun, planning ni tetap bagus sebab dlm setahun kita hanya simpan duit berjumlah RM16k tanpa menambah wang simpanan, kita sudah berjaya menghasilkan RM20,800 akan tetapi pada waktu itu.. sekiranya baru kita tersedar, kita ingin membeli emas semula.. emas sudah naik harga.

kita akan tanya, habis dimana untungnya?;
untung bila.... 
kita ada RM16,000 - daripada kita beli sekeping 100 gram, seketul - akan berlaku perkara diatas. Jadi kitaTUKAR STRATEGY kepada;

nilai belian pada hari ini (24/12/2010 | 12:55am):
50 gram RM7,816 (RM156.32/gram) x 1 keping = RM7,900 *RM10,270 **RM13,351 ***RM17,356
20gram RM3141 (RM157.05/gram) x 3 keping = RM9,480 *RM12,324 **RM16,021 ***RM20,827
jumlah belian= 17,380 *22,594 **29,372 ***RM38,183

[nilai keuntungan yang bertanda: 
*adalah contoh nilai kenaikan EMAS secara PURATA 30% selepas 1 tahun kita simpan dalam bantal!
**adalah contoh nilai kenaikan EMAS secara PURATA 30% selepas 2 tahun kita simpan
*** adalah nilai kenaikan EMAs secara PURATA 30% selepas 3 tahun kita simpan
walaubagaimanapun saya tidak meramalkan kenaikan tepat pada 30%, ini adalah anggaran PURATA berdasarkan kenaikkan emas dari 10 tahun sebelumnya dan bergantung kepada nilai pasaran emas semasa yg akan datang.]

apa yg perlu kita lakukan?;

50 gram x 1 keping disimpan | sebagai aset untuk hartanah selepas beberapa tahun nilainya berganda, boleh cairkan keuntungan simpanan emas untuk membuat full settlement loan anda.

20 gram x 1 keping | sebagai sandaran untuk keadaan mendesak - pendidikan anak-anak/kos hospital yg meningkat tidak masuk akal di masa akan datang.

20 gram x 1 keping | sebagai backup plan (TERDESAK ) - setakat nak pakai wang RM2-3k dengan teknik PAJAK di Agro Bank Ar-Rahnu, kita boleh dapat cash pada hari yg sama. Jauh lebih baik dari kita pakai credit card dgn interest tinggi, kita boleh pusing keperluan wang kertas dengan HARTA SENDIRI tanpa masalah birokrasi bank sekiranya kita mahu membuat loan yg memakan masa berminggu, belum tentu lulus. Ini juga bagi mengelak RIBA. Tiada lagi perlu pinjaman adik beradik pada hujung bulan!! yang paling bagusnya adalah, anda hanya perlu cagarkan emas untuk pinjaman dan emas itu masih hak anda!, emas anda masih generate nilai pada setiap masa selagi anda tidak menjualnya.

20 gram - jana keuntungan untuk jangka masa singkat tunggu harga naik, masa beli RM3160, lepas setahun RM4,108 (berdasarkan kenaikan paras PURATA 30%), jualkan kepada saya semula untung mendapatkan keuntungan dari nilai emas anda!..

semua yg saya sebut diatas bleh diolah berdasarkan keperluan masing2. terpulang. Jadi bila dah tahu.... mahukah kita jual?, sedangkan kita boleh dapatkan wang tunai bila perlu tanpa meleburkan emas kita. Dengan kelebihan wang tunai bila perlu, nilai emas kita masih berganda didalam Bank. Tunggu nilai betul2 naik, boleh buat pelaburan hartanah, rumah yg lebih besar untuk anak-anak.. atau bayar deposit flat untuk disewakan, dapat lagi duit bulan-bulan. dan selebihnya simpan sahaja, tengok emas kita naik harga lagi, lagi dan lagi.. lagi lama simpan lagi tinggi nilai, bila nilai dah tinggi, fikir pelaburan apa yg kita mahu untuk menjana simpanan diatas simpanan tadi.

Jadi bila ada duit, jangan beli seketul.. tapi pecah-pecahkan pelaburan kita, agar setiap satu bersebab dan boleh dijual secara berperingkat mengikut keuntungan yg kita mahu seperti yang dikatakan diatas.
dinar.jpg

DENGAN EMAS, ANDA MENAIKKAN TARAF HIDUP TANPA SOKONGAN PIHAK BANK JUGA TANPA BANTUAN ADIIK-BERADIK KERANA SEMUA KERPERLUAN WANG KERTAS DI KEMUDIAN HARI, DIJANA OLEH HARTA ANDA SENDIRI.

sumber : http://pondokburok.tripod.com

Apakah jenis emas yang sesuai untuk disimpan?



a. gold bar 
kelebihan:  
1. emas 999 (24 karat), mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi bila kita menjual kerana kandungan emas padu. 
2. Lebih menjamin simpanan. 
3. harta yang sebenar, orang lelaki kata.. gold bar "gentleman business". 
4. susut nilai yang rendah, hanya 6% dari harga pasaran. 
kekurangan:  
1. harga yang lebih mahal, ramai yang tidak berkemampuan. 
2. Harus simpan sijil ketulenan sekiranya bertujuan untuk pajak di Agro Bank.  

b. barang kemas 
kelebihan:  
1. bagi perempuan yang sukakan barang kemas untuk dipakai. 
2. mempunyai permintaan yang tinggi. 
3. senang dijual, market lebih besar termasuk orang perseorangan (jual kpd kawan dan lain-lain) 
4. Pajakkan boleh dibuat di Agro Bank juga Bank Rakyat tanpa memerlukan sijil ketulenan. 
Kelemahan: 
1. harga yg tinggi hanya kerana termasuk upah membuat barang kemas. 
2. ia adalah barangan perhiasan yang bila dijual dan akan jatuh nilai kerana dikira USED GOLD (kira macam second hand). 
3. keuntungan tidak setinggi menyimpan gold bar. 

Maka sekiranya kita berniat ingin menjana keuntungan jangka masa panjang yang lebih bernilai, simpanlah gold bar. Namun sekirangan tidak mampu, cukup lah sekadar menyimpan 1 dinar (emas 916 sama dengan barang kemas) tetapi kalau berpeluang, tambah bila ada duit simpanan. Jangan berhenti menyimpan kerana nilai emas akan naik jauh berganda dari nilai mata wang.





Sumber : 

7/10/11

7 Soalan Popular Mengenai Jual Beli Emas

Isu pelaburan emas kini menjadi isu hangat yang sering diperdebatkan oleh pelbagai individu.
pak di rancang wang dari sekarang
Dalam artikel kali ini, Tuan Suzardi Maulan (Pak Di), iaitu penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang akan menjawab 7 soalan popular berkenaan pelaburan emas. Semoga ia bermanfaat untuk para pembaca.

Saya kumpulkan 7 soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas:
#1 – Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan dari bank? Bukankah membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam Islam?
Islam melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya;,
  1. Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
  2. Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.
Manakala membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas mendapat duit dari bank, pembelian emas dibuat secara tunai.
Sekiranya tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat pembiayaan peribadi dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.
Dalam erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A. Manakala, membeli emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi B berlaku secara tunai.
2. Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian dijual semula dengan harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? Misalnya, membeli emas pada RM 150/g dan menjual semula pada RM 180/g. Adakah ini perbuatan riba?
Itulah yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara umumnya Islam tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.
Hanya jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.
#3 – Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Shariah?
Akaun pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam mahupun bank-bank konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung dari kenaikan mendadak harga emas yang berlaku.
al rajhi bank
Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain.
Sehingga artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat disahkan akaun pelaburan emas yang halal.
#4 – Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?
Pelaburan emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan dengan pelaburan emas yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau tahunan maka sila berhati-hati.
Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.
#5 – Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat ar-Rahnu, beli emas lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam Islam?
Strategi berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang mengharamkannya. Apa yang penting pembelian dibuat secara tunai dan gadaian dibuat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.
pelaburan emas
Walaupun begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu menggunakan strategi sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.
Selagi mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika berlaku kejatuhan harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan masalah yang besar.
#6 – Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?
Pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.
Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.
Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.
#7 – Bolehkah saya membuat locking harga?
Harga pasaran emas menjadi rujukan penjual dan pembeli adalah cuma satu penanda aras sahaja. Sekiranya tuan  bersetuju menjadikan harga tersebut sebagai harga jual beli, maka tuan tertakluk dengan syarat tersebut.
elakkan daripada terjerumus dalam riba
Namun sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emas sebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua pihak ada kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.
Apa yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga, maka tuan membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit bagi memenuhi syarat qabadh.
Sekiranya berlakunya pembayaran ansuran, maka itu adalah riba.
Soalan 7 + 1: Apakah hukum pelaburan emas secara online?
Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.
Dalam jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada transaksi online itu berlaku.
pelaburan forex haram
Kita hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita untung, kalau salah kita rugi.
Maka hukumnya sama dengan pelaburan forex yang kita bincangkan sebelum ini iaitu pelaburan sebegitu adalah haram kerana pelaburan secara online sebegitu tidak memenuhi syarat jual beli emas atau/ matawang yang halal di sisi Islam.
Terima kasih kepada para pembaca budiman yang bertanya. Soal jawab ini juga dapat digunakan untuk situasi jual beli perak dan juga matawang.
Kredit imej yang diambil dari Flickr (midhamammesquitadigitalcurrency) Devianart (fc07), Facebook (Pakdi)

Sumber : http://www.majalahniaga.com

4/10/11

50 Fakta Menarik Tentang Emas

Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas:-
1. Emas adalah wang, duit dan harta dari
    Zaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia
    dengan simbol Au (Aurum)

3. Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,
    barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu
    kala lagi apabila tamadun manusia mula
    pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam 
    bentuk butiran, urat batuan dan      mendapan aluvial


6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida
    walaupun didalam air

10Emas digunakan sebagai logam untuk matawang.

      Ia adalah simbol kemewahan dan simpanan        kekayaan individu.



11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol
      samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas
      telah digali dari muka bumi.

13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai
      konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit
     dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik
      terbaik.
15. Emas adalah logam peralihan.

16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak
      balas dengan unsur lain.

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
      Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak
      balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk 
      menentukan ketulenan emas.


19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai
      pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak
      Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat
      mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan
      halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi
      hampir transparent.

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.
      (perak,kuprum)

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-
  • Kekerasan
  • Kekuatan
  • Sifat kelogaman(metallugical)
  • Suhu lebur
  • Perubahan warna sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor        haba dan elektrik.


26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan
      agen hakisan yang kuat

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-
  • Hasilnya adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat:-
  • 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.


32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang
      tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada
      kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital
      atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan 
      campuran beberapa komposisi copper (tembaga)        dan Silver (perak)


35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk
      semulajadinya.

36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai
      tambatan matawang.  Jumlah emas yang disimpan bank 
      negara = wang yang dicetak

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya
      tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.

38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran
      urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang
      terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk
      membiayai kempen peperangan masing-masing.

41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan 
     tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang
      telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang
      mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai
      Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan
      biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan
      ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930
      adalah dalam bentuk emas 22karat (916).


48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti
      keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada
      emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti
     American  Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South
     Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam  
      bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan       99.999% emas.



1/10/11

Simpanan ASB vs Simpanan Emas Fizikal

Simpanan ASB vs Simpanan Emas Fizikal

Keinginan memiliki motorsikal idaman memang menjadi kegilaan segenap anak muda yang rata-rata berumur 17 tahun hingga 25 tahun. Keanggunan rekabentuk terkini membuatkan mereka sanggup melakukan apa sahaja kerja asalkan dapat memiliki motorsikal keluaran terkini. Ada yang sanggup menjadi keldai lumba haram dan keldai dadah demi mengejar impian yang tidak seberapa. Penjual-penjual motor juga mengambil kesempatan atas kesanggupan anak2 remaja ini dengan mengenakan kadar interest yang tinggi menggunakan nama ansuran mudah. Harga pasaran bagi sebuah motorsikal jenis 135LC mencecah sehingga RM7000 ++ dan meningkat lebih tinggi sekiranya pembeli membeli dengan skim ansuran mudah. Kadar interest yang dikenakan mencecah 18% – 24% setahun bergantung cawangan perbankan yang digunakan penjual.


Tahukah anda dengan membeli secara ansuran, kita sebenarnya membayar lebih daripada harga sepatutnya. Bayangkan Harga RM7000 meningkat menjadi RM9520 selepas ansuran mudah pada kadar 18% setahun dikenakan . Dengan nilai ansuran yang pada mata kasar sebanyak RM397 sebulan selama 24bulan, ramai yang tertipu dengan angka ini. Mereka sebenarnya telah membayar lebih daripada yang sepatutnya atas dasar ansuran mudah. Bukan itu sahaja, pembeli akan terperangkap dengan tempoh pembayaran sekiranya membayar tidak pada masa yang ditetapkan dan denda akan dikenakan keatas setiap kelewatan yang dibuat. Pembeli akan lebih teraniaya dengan system ini sehingga ada yang disenarai hitamkan oleh pihak bank. Bagaimana kita boleh mengelakkan dari perkara seperti ini berlaku?
Ramai yang tidak tahu kegunaan system gadaian Islam atau lebih dikenali sebagai Ar-Rahnu. Pada mata orang ramai, system itu hanya untuk mereka2 yang memiliki emas dan terdesak untuk menggunakan wang. Walaupun ada dikalangan kita telah menggunakan system ini untuk waktu-waktu terdesak, namun mereka masih tidak tahu memanipulasikan kemudahan yang telah pihak bank sediakan ini. Pada kadar pinjaman mencecah sehingga 70% daripada nilai semasa barang kemas, pihak bank hanya mengenakan upah simpan yang paling minimum untuk tempoh 6bulan. Pihak bank juga menyediakan system overlap untuk pengadai-pengadai yang masih tidak mampu menebus kembali barang kemas mereka. Ramai yang masih tidak tahu bagaimana memanipulasikan system overlap ini untuk mengurangkan kadar pinjaman.


Sebelum saya menulis dengan lebih jauh lagi, jom ikut saya mengira sebentar..
Motorsikal 135LC kalau bayar cash = RM7000
Motorsikal 135LC kalau bayar ansuran = RM 397sebulan x 24 bulan bersamaan RM9520
Bermakna kita telah membayar melebihi RM2520 = satu nilai yang boleh dikatakan banyak oleh mereka-mereka yang miskin ( macam saya ). Baiklah, jom buat pengiraan melalui system ar-rahnu, kadar belian emas pada tahun 2010 ialah RM158.10 untuk emas 22k atau emas 916. Oleh itu kita memerlukan sebanyak 70g emas untuk membuat pembayaran motorsikal 135LC.
70g (emas 916) x RM158.1 (kadar semasa emas 916 pada 2010) x 70% ( kadar pinjaman maxima ) = RM 7746.90
Kadar upah simpan bagi Ar-rahnu = Rm 578.71 (utk 6 bulan = RM 79.785 sebulan……confirm boleh bayar punya)
Oleh itu, jumlah pinjaman dengan system ar-rahnu menjadi RM7746.90 + RM578.71 = RM 8325.61/6 bulan = RM1387 sebulan.
Baiklah, kalau dilihat nilai bayaran pada setiap bulan, kita akan merasakan agak membebankan. Iya lah, kita perlu membayar sehingga RM1387 pada setiap bulan sedangkan gaji kita hanya RM1000 sahaja. Ok lah, berbalik kepada system ansuran mudah tadi, kita mampu membayar kira-kira RM400 sebulan. Jadi kita hanya buat pembayaran kepada Ar-rahnu sebanyak RM400 sebulan selama 6 Bulan;
RM400 x 6 = RM 2400
Kita hanya membayar sebanyak RM2400 sedangkan kita telah berhutang dengan bank sebanyak RM 8325.61. Mungkin ramai yang beranggapan emas kita akan tergadai selepas ini. Saya mengatakan emas yang kita cagarkan tidak akan tergadai sama sekali. Pihak bank member 2 pilihan kepada kita sama ada melanjutkan tempoh pinjaman selama 3bulan lagi atau pun membuat surat gadaian baru. Ya, disini lah kelebihan membuat pinjaman bank menggunakan emas. Kita boleh membuat surat gadaian baru berdasarkan kenaikan harga emas semasa. Disinilah yang dikatakan sebagai overlap emas.
Dengan berbaki pinjaman RM 5925.61, kita membuat overlap dengan nilai pinjaman yang baru dan nilai upah simpan yang baru. Iaitu RM 6000 + RM 457 upah simpan bersamaan dengan RM 6457. Ini bermakna kita perlu membayar RM 1077 sebulan. Lakukan langkah sebelum ini, dengan membayar sebanyak RM 400 sebulan selama enam bulan dan membuat overlap sehingga habis kesemua hutang dalam masa yang singkat tanpa cas lewat bayar, dan tidak di telefon oleh pihak bank tiap-tiap bulan. Kita mampu membayar hutang dengan tenang tanpa ada tekanan dari pihak bank selain mempunyai kadar bayar balik yang sangat rendah berbanding cara ansuran mudah.
Apa yang kita perlu buat dengan kadar upah simpan tersebut? Sebenarnya kalau kita perhatikan betul2 kita sebenarnya tidak membayar sesen pon upah simpan kepada pihak bank, tetapi hanya membayar jumlah yang kita pinjam. Sebenarnya, setiap kali kita membuat overlap, kita akan mendapat cash berdasarkan jumlah pinjaman semula yang kita buat didalam gadaian yang baru. Cuma emas2 kita akan terus kekal bersama pihak bank. Dan sekiranya kita mahukan semula emas kita, kita hanya perlu membayar kadar upah simpan yang terakhir dalam surat gadaian tersebut bersama baki pinjaman. Anda semua hanya memerlukan 18bulan sahaja untuk melangsaikan hutang. Dan jika anda mahu membeli Laptop, set bilik tidur, Plasma tv atau apa sahaja, anda hanya perlu membuat overlap terhadap emas-emas anda. Jom kira;
RM400 x 18 = RM 7200 pembayaran yang telah dibuat keatas 70g emas.
Kadar upah simpan yang terakhir = RM 387
Oleh itu baki pinjaman anda pada bulan ke 18 = RM 8325.61 – RM7200 + RM387 ( kadar upah simpan terakhir ) = RM 1513.
Anda mempunyai pilihan sama ada membuat overlap dengan nilai pinjaman RM 1520 atau pun membuat pinjaman maksimum kerana ingin membeli sesuatu seperti TV plasma. Baik lah, saya beranggapan anda ingin membuat pinjaman maksimum kerana anda ingin membuat downpayment rumah yang berharga RM 70k bermakna anda memerlukan 10% untuk tujuan bayaran muka. Anda memerlukan RM7000 sebagai downpayment. Jom kira;
Menurut kajian kadar kenaikan emas semasa adalah 27% setahun jadi;
RM158.1 x 127% = RM200 segram
Ini bermakna,
70g x RM 200 x 70% = RM 9800
Kadar upah simpan = RM689
Jumlah perlu bayar = ( RM9800 + RM 689 )/ 6bulan
= RM 1750 sebulan.
Memandangkan hutang masih berbaki RM 1513, jadi kita hanya memperolehi cash sebanyak RM 8287 selepas membuat overlap. Nah, jumlah yang cukup untuk membuat downpayment rumah dan masih berbaki RM 1287 cukup untuk simpan dalam ASB. Lakukan seperti biasa, tetapkan kadar bayaran yang mampu dibuat, setahun atau dua tahun pertama, memang berat nak membayar hutang, emas dan rumah serentak, tetapi selepas 2tahun, anda sudah mula goyang kaki dengan emas 70g anda. Membuat overlap, dan bayar loan rumah, loan rumah pon boleh berkurang dari 25tahun pinjaman kepada 15 atau 20 tahun tempoh pinjaman.
Ini adalah kenyataan, jika fakta ini tidak benar, pihak bank tidak akan menutup kuota pajakan emas Public Gold di seluruh malaysia. Segalanya pada anda, mahu simpan emas, atau mahu terus menyimpan di ASB.Apa kata anda? Akhir kata lu pikir la sendiri Nabil =)

Sumber : http://pemborongemas.com

30/09/11

Hukum membeli emas secara ansuran.

Hukum membeli emas secara ansuran.

Kitab Al Muwatta' :

Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, " Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia  pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu." Rama ialah riba.

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Abu'z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Riba hanya terdapat di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa yang dimakan atau minum."

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Menyembunyikan  emas dan perak daripada pengedaran  adalah  sebahagian daripada daripada kerja fasad/kemusnahan  diatas muka bumi."

Apa yang dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :

Pertukaran EMAS dengan EMAS, dan PERAK dengan PERAK mestilah

i)Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).

ii)Mesti 'Taqabud fil hal au majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).

Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.

Bagi yang memahami asal usul wang kertas , tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum - hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu. Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.

Wang kertas bukan emas , jadi harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.

Wallahu’ alam.

Kuliah Muamalat : Dinar dan dirham dalam muaalat Islam
21 November 2009 (Sabtu ) Lepas solat Maghrib
Masjid Sg. Ular, Kulim , Kedah


Sumber : http://www.dirham2dinar.com